Mula-mulanya direka bagi kegunaan telegraf elektrik ciptaan Samuel F. B. Morse pada awal 1840-an, kod Morse juga digunakan secara meluas untuk komunikasi radio awal sejak 1890-an. Pada separuh awal abad ke-20, majoriti komunikasi antarabangsa berkelajuan tinggi dijalankan secara kod Morse, menggunakan dawai telegraf, kabel dasar laut, dan litar radio. Namun, kepanjangan aksara Morse yang berubah-ubah menyebabkannya sukar diterapkan dalam litar berautomatik, jadi bagi kebanyakan komunikasi elektronik, kod Morse diganti oleh format-format yang lebih boleh mesin, seperti kod Baudot dan ASCII.
sila lihat video diatas yang memaparkan bagaimana mesej boleh disampaikan melalui bunyi.Kegunaan kod Morse paling popular masa kini adalah melalui pengendali radio amatur, itupun bukan lagi keperluan untuk perlesenan amatur di kebanyakan negara.
Kod Morse juga masih digunakan untuk tujuan-tujuan khas, termasuk pengenalpastian pemancar matarah radio navigasi dan mobil daratan, serta komunikasi tentera termasuklah komunikasi semafor berkelip cahaya antara kapal-kapal.
Kod Morse direka agar mudah dibaca manusia tanpa bantuan komputer, menjadikannya sesuai untuk menyampaikan data digital berautomatik melalui saluran suara, dan juga sesuai untuk menghasilkan isyarat kecemasan, seperti melalui sumber tenaga diimprovasi yang mudah "dikunci" dengan menyalurkan dan memutuskan bekalan elektrik secara ulang alik (cth. dengan membuka tutup suis lampu picit).

No comments:
Post a Comment